Posted by: CReaTiVe SiFu on: August 14, 2009
Salam, saya berpindah ke blog baru creativesifu.blogspot.com…
Posted by: CReaTiVe SiFu on: July 14, 2009
Bagi sesiapa yang terlibat dalam aktiviti usrah, LDK, Program Motivasi, Buddy System, Kursus Kefahaman Islam, Khemah Ibadah, Kepimpinan Islam atau apa2 yang berkait rapat dalam memberi kefahaman Islam. CreativeSifu melancarkan produk terbaru 222 Aktiviti & Permainan Islami yang akan membantu anda dengan pendekatan CREATIVE, FUN, ENJOY dan LUAR DARI BIASA!
Setiap aktiviti dan permainan walau sesoronok manapun diakhirnya akan kembali merujuk kepada ayat-ayat dari Al-Qur’an dan As-Sunnah. Di harapkan ia akan dapat mencetuskan fenomena baru dalam BELAJAR ISLAM luar dari cara lama yang kadang2 menjauhkan pelajar dari minat kepada mempelajari Islam.
Modul ini dibahagikan kepada beberapa bahagian:
102 Asas-asas Islam
20 Ice Breaking
30 Team Building
30 Aktiviti Berfikir
20 Anti-Bosan
20 Leadership
Modul ini dijual dengan harga RM100 seunit. Bagi sesiapa yang membeli modul ini sebelum 31 Julai 2009. Kami akan memberi diskaun 50%. Buat tempahan segera. Hanya 1000 unit sahaja yang ditawarkan untuk promosi ini. Aktiviti & Permainan ini merupakan hasil kajian Bro Yusry selama 5 tahun.
Untuk maklumat lanjut hubungi; Bro Yusry 014-231 1856.
Pengkaji, Aktiviti&Permainan Kreatif Islam
Contoh Aktiviti & Permainan dari 222 Aktiviti & Permainan Islami:
Nak Tak?
Objektif:
Memberi kesedaran kepada peserta jika mahukan sesuatu kata-kata sahaja tidak mencukupi.
Material:
Wang Kertas RM10
Perlaksanaan:
Variasi:
Boleh menggantikan wang RM10 dengan coklat, hadiah atau apa-apa yang difikirkan sesuai.
Kesimpulan:
Kata-kata perlu dibuktikan. Bukan sekadar bercakap.
Contoh 2:
Nikmat Jarang Disyukuri 1…
Objektif:
Menyedarkan peserta banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita yang jarang kita syukuri.
Material:
Kain pengikat mata, pensel kertas dan terjemahan Al-Qur’an
Perlaksanaan:
”Tutup mata anda dengan kain yang telah diberikan, bergerak ke arah suara saya”.
Fasilitator akan duduk di suatu tempat tanpa bergerak dan menyebut ”Saya di sini!”
Para peserta diminta bergerak ke arah suara. Selepas semua peserta sampai. Bagi arahan selanjutnya.
”Tahan nafas anda selama yang anda mampu”
Minta peserta jangan terlalu memaksa diri.
”Tulis huruf A dengan syarat tanpa menggunakan jari anda.”
Kesimpulan:
Syukurilah nikmat yang ada pada kita, kita tidak tahu bilakah nikmat yang ada ini akan ditarik balik.
Posted by: CReaTiVe SiFu on: January 15, 2009
Alhamdulillah..memulakan semula penulisan blog ini..setelah lama diri ini menyepi..bertapa..bertafakur..kembali mencari halatuju blog ini..
Alhamdulillah..ilham sudah didapati..cuma bagaimana ia dapat direalisasikan..
Apabila kita berbicara tentang permainan..ia bukan sebagai alat untuk menghiburkan diri semata-mata..tetapi, ia juga adalah alat untuk mendidik..
Mendidik dengan cara mendedahkan mereka dengan pengalaman..lalu pengalaman itu akan mengajar mereka perkara yang bermakna..
Apabila semakin banyak membaca maka cara berfikir kita akan berbeza..maka kali ini bagi sesiapa yang pernah membaca blog sebelum ini..kali ini anda akan dihidangkan dengan sesuatu yang berbeza..kerana fikir diri ini pun mula berubah..
Moga-moga penulisan dalam blog ini akan memaberikan manfaat kepada yang lain..