CReaTiVe SiFu

222 Aktiviti & Permainan Kreatif Islami (Remaja, Pelajar IPT & Dewasa)

Posted on: July 14, 2009

Bagi sesiapa yang terlibat dalam aktiviti usrah, LDK, Program Motivasi, Buddy System, Kursus Kefahaman Islam, Khemah Ibadah, Kepimpinan Islam atau apa2 yang berkait rapat dalam memberi kefahaman Islam. CreativeSifu melancarkan produk terbaru 222 Aktiviti & Permainan Islami yang akan membantu anda dengan pendekatan CREATIVE, FUN, ENJOY dan LUAR DARI BIASA!

Setiap aktiviti dan permainan walau sesoronok manapun diakhirnya akan kembali merujuk kepada ayat-ayat dari Al-Qur’an dan As-Sunnah. Di harapkan ia akan dapat mencetuskan fenomena baru dalam BELAJAR ISLAM luar dari cara lama yang kadang2 menjauhkan pelajar dari minat kepada mempelajari Islam.

Modul ini dibahagikan kepada beberapa bahagian:

102 Asas-asas Islam

20 Ice Breaking

30 Team Building

30 Aktiviti Berfikir

20 Anti-Bosan

20 Leadership

Modul ini dijual dengan harga RM100 seunit. Bagi sesiapa yang membeli modul ini sebelum 31 Julai 2009. Kami akan memberi diskaun 50%. Buat tempahan segera. Hanya 1000 unit sahaja yang ditawarkan untuk promosi ini. Aktiviti & Permainan ini merupakan hasil kajian Bro Yusry selama 5 tahun.

Untuk maklumat lanjut hubungi; Bro Yusry 014-231 1856.

Pengkaji, Aktiviti&Permainan Kreatif Islam

Contoh Aktiviti & Permainan dari 222 Aktiviti & Permainan Islami:

Nak Tak?

Objektif:

Memberi kesedaran kepada peserta jika mahukan sesuatu kata-kata sahaja tidak mencukupi.

Material:

Wang Kertas RM10

Perlaksanaan:

  1. Fasilitator memulakan aktiviti dengan mengeluarkan not RM10 lalu ditayangkan dihadapan peserta.
  2. Fasilitator bertanya soalan, ”Siapakah yang nak duit di tangan saya ni?”
  3. Biasanya peserta akan menjawab ”Nak!”
  4. Tanyakan sekali lagi kepada peserta, ”Siapakah yang nak duit di tangan saya ni?”
  5. Peserta biasanya akan menjawab ”Nak!”
  6. Lalu fasilitator tanya lagi soalan yang sama berulang-ulang kali.
  7. Tanya peserta, apakah yang mereka pelajari daripada aktiviti tadi.
  8. Perbincangan:
    1. Ramai orang yang mahukan sesuatu, bila ditanya mereka sentiasa mengatakan mereka mahu. Bila berulang kali ditanya mereka masih mengatakan mahu. Namun, siapa yang buat sesuatu untuk mendapatkannya. Sama ada dengan meminta dari fasi atau mengambilnya dari fasi.
    2. Begitulah sifat kita. Kita katakan kita ingin Islam kembali berubah. Apabila orang bertanya persoalan yg sama kita mengulang-ulang bahawa kita mahu. Tapi hanya sedikit di kalangan kita yang benar-benar bertindak untuk mendapatkannya.
    3. Beginilag sifat yang dihadapi oleh umat Islam kini. Banyak bercakap dari serius untuk memastikan kata-kata itu dibuktikan melalui tindakan.

Variasi:

Boleh menggantikan wang RM10 dengan coklat, hadiah atau apa-apa yang difikirkan sesuai.

Kesimpulan:

Kata-kata perlu dibuktikan. Bukan sekadar bercakap.

Contoh 2:

Nikmat Jarang Disyukuri 1…

Objektif:

Menyedarkan peserta banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita yang jarang kita syukuri.

Material:

Kain pengikat mata, pensel kertas dan terjemahan Al-Qur’an

Perlaksanaan:

  1. Fasilitator memberi arahan kepada peserta:

”Tutup mata anda dengan kain yang telah diberikan, bergerak ke arah suara saya”.

Fasilitator akan duduk di suatu tempat tanpa bergerak dan menyebut ”Saya di sini!”

Para peserta diminta bergerak ke arah suara. Selepas semua peserta sampai. Bagi arahan selanjutnya.

  1. Fasilitator memberi arahan kepada peserta:

”Tahan nafas anda selama yang anda mampu”

Minta peserta jangan terlalu memaksa diri.

  1. Fasilitator memberi arahan kepada peserta:

”Tulis huruf A dengan syarat tanpa menggunakan jari anda.”

  1. Tanya pendapat peserta apa yang mereka dapat belajar dari aktiviti yang mereka baru saja lakukan.
  1. Bincangkan:
    • Adakah mereka mula mensyukuri nikmat mata, udara dan tangan dari aktiviti sebentar lagi?
    • Apa yang mereka perlu lakukan untuk menunjukkan mereka mensyukuri nikmat yang diberikan oleh Allah?

Kesimpulan:

Syukurilah nikmat yang ada pada kita, kita tidak tahu bilakah nikmat yang ada ini akan ditarik balik.

About these ads

4 Responses to "222 Aktiviti & Permainan Kreatif Islami (Remaja, Pelajar IPT & Dewasa)"

salam. nak, saya nak beli…:-)

Salam. Boleh kah kiranya ditunjukkan contoh barang satu atau dua modul? Sekadar untuk mendapatkan bayangan mengenai keseluruhan modul.. Dan bagaimana cara pesanan?

terima kasih kepada yang datang menziarahi blog ini :-)

salam bro..dah publish kat ILUVISLAM?kami iklankan ye..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


  • firdausi: salam bro..dah publish kat ILUVISLAM?kami iklankan ye..
  • CReaTiVe SiFu: terima kasih kepada yang datang menziarahi blog ini :-)
  • Muna 'Izzah: Salam. Boleh kah kiranya ditunjukkan contoh barang satu atau dua modul? Sekadar untuk mendapatkan bayangan mengenai keseluruhan modul.. Dan bagaimana

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: